Menu

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

AKTIVITI EKSA IKBNN

Monday, May 1, 2017

AUDIT LUAR FASILITATOR EKSA IKBN NAKA

TAKLIMAT PEMBUKAAN AUDIT LUARAN EKSA

IKBN NAKA, 2 APRIL 2017 - Pihak IKBN Naka telah menerima kehadiran 3 juruaudit luar iaitu fasilitator EKSA bagi IKBN Naka yang di ketuai oleh Tn Hj Faudzi Bin Saad dari Institut Aminudin Baki, Jitra.

Audit luar fasilitator EKSA ini bertujuan untuk mengesahkan kesediaan pihak IKBN Naka bagi menghadapi audit persijilan EKSA oleh pihak MAMPU. Audit luar ini dimulakan dengan taklimat dapatan audit dalam yang telah dibentangkan oleh Ketua Juruaudit Dalam EKSA IKBN Naka. Seterusnya audit luar telah dijalankan bagi mengukur tahap kesediaan pihak IKBN Naka melalui lawatan ke semua zon serta membuat penilaian melalui senarai semak EKSA.

Sesi audit luar di akhiri dengan pembentangan dapatan audit luar yang telah disampaikan oleh ketiga-tiga juruaudit. Pihak fasilitator mencadangkan semua dapatan yang telah dibentangkan diambil tindakan segera oleh pihak institut dan audit dalaman seterusnya perlu dilaksanakan bagi memastikan  kesediaan semua zon sebelum audit pihak MAMPU boleh dipohon. Sesi audit luar ditutup dengan penyampaian cenderahati oleh Tuan Pengarah kepada wakil audit luar.

Monday, March 27, 2017

PERTANDINGAN AMALAN EKSA TAHUN 2017

PERTANDINGAN AMALAN EKSA TAHUN 2017

IKBN NAKA, 22 FEBRUARI 2017 - Pertandingan Amalan EKSA Tahun 2017 telah dilancarkan mulai hari ini sebagai salah satu bentuk mempromosikan amalan EKSA di kalangan warga IKBN Naka. Program ini merupakan anjuran Jawatankuasa Promosi EKSA IKBN Naka di mana ianya akan mengiktiraf dan menghargai warga IKBN Naka yang komited dalam melaksanakan amalan EKSA.

Berbagai kategori yang dipertandingan di antaranya adalah Bilik Pegawai Terbaik, Ruang Kerja Terbaik, Zon Terbaik, Tandas Terbaik, Bilik Asrama Terbaik, Sudut EKSA Terbaik dan Anugerah Go Green. Penilaian pertandingan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Audit EKSA IKBN Naka. Pertandingan ini akan tamat pada 31 Mac 2017 dan pemenang bagi pertandingan ini dijangka akan diumumkan pada bulan Mei 2017.

PENGLIBATAN PELAJAR DALAM EKSA DIHARGAI

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN AMALAN EKSA 2016


IKBN NAKA, 19 FEBRUARI 2017 - Penglibatan pelajar-pelajar IKBN Naka dalam menjayakan pelaksanaan amalan EKSA telah mendapat penghargaan dan pengiktirafan melalui Pertandingan Amalan EKSA yang dianjurkan di peringkat IKBN Naka di mana pemenang kategori Bilik Asrama Terbaik telah diraikan sempena perhimpunan bulanan di sini.
 
Hadiah berupa makanan ringan dan minuman telah disampaikan oleh Pengarah IKBN Naka kepada penghuni Bilik A109 yang diangkat sebagai pemenang bagi kategori berkenaan. Tambah menarik lagi, makanan ringan dan minuman tersebut dimuatkan di dalam sebuah peti sejuk di mana peti sejuk tersebut akan diletakkan di dalam bilik pelajar berkenaan untuk tempoh satu semester bagi kegunaan pelajar. Selain daripada kategori Bilik Asrama Terbaik, 6 kategori lain turut dipertandingkan antaranya Bilik Pegawai Terbaik, Tandas Terbaik, Sudut EKSA Terbaik dan lain-lain lagi. 
 
Jawatankuasa Promosi EKSA berharap dengan adanya penganjuran pertandingan seperti ini ianya akan menjadi titik permulaan bagi pembudayaan amalan EKSA di kalangan warga IKBN Naka.

PROGRAM KITAR SEMULA IKBN NAKA DENGAN SWCORP

KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH SWCORP

IKBN NAKA, 15 FEBRUARI 2017 - Program kutipan barang kitar semula dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan EKSA yang dianjurkan pada 5 Februari 2017 lepas. Pihak Jawatankuasa Latihan EKSA telah menghubungi pihak  E-Idaman Sdn Bhd untuk melakukan kutipan bahan kitar semula di IKBN Naka. Penganjuran aktiviti pengutipan bahan kitar semula ini adalah dalam usaha Jawatankuasa Latihan EKSA untuk mendidik warga IKBN Naka cara terbaik untuk melupuskan barang-barang yang tidak diperlukan lagi.
 
Pihak  E-Idaman Sdn Bhd telah menghantar lori untuk melakukan pengutipan pada hari tersebut yang tiba pada pukul 2 petang. Kedatangan lori  E-Idaman Sdn Bhd  disambut baik oleh warga IKBN Naka. PIC di setiap jabatan di IKBN Naka ditugaskan untuk berurusan dengan pihak  E-Idaman Sdn Bhd yang hadir pada hari tersebut. Kutipan bermula di Jabatan Teknologi Elektrik dan kemudiannya bergerak ke  Jabatan Teknologi Pertanian. Setelah selesai pengutipan bahan kitar semula di kedua jabatan tersebut, pihak  E-Idaman Sdn Bhd bergerak ke bahagian Hal Ehwal Pelajar dan akhir sekali ke bahagian Pentadbiran. Pekerja-pekerja pembersihan turut menyertai aktiviti pengutipan bahan kitar semula ini.
 
Sebanyak 605.5 kg kertas kitar semula dan nilai kutipan keseluruhannya adalah RM 155.75 telah berjaya dikutip untuk aktiviti kutipan buat kali ini. Diharap aktiviti seumpama ini dapat diteruskan dan menjadi aktiviti berkala yang akan dilakukan di IKBN Naka. Aktiviti ini amat berguna kerana ia bukan sahaja dapat mendidik warga IKBN Naka, malah mampu menjana wang untuk institut ini.

AUDIT DALAM EKSA BIL. 3/2016

RINGKASAN KEPUTUSAN AUDIT DALAM BIL. 3/2016



IKBN NAKA, 14 DISEMBER 2016 - Institut Kemahiran Belia Negara Naka sedang dalam usaha untuk di persijilkan dengan persijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam(EKSA).Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Audit Dalam EKSA institut telah mengadakan audit dalam bilangan 1 bermula pada 8-22 Mei 2016 bagi menilai tahap kesediaan warga IKBN Naka serta membuat pemarkahan mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak MAMPU.

Seramai 7 orang juruaudit dalam EKSA telah menjalankan audit dalam ke atas 4 zon EKSA dan mesyuarat penutup Audit Dalam bilangan 3 telah diadakan pada 14 Disember 2016 dan keputusan audit adalah seperti berikut:

i)             Zon Iris = 87%

ii)            Zon Red Lantana = 75%                  Markah Keseluruhan = 83%

iii)          Zon Green Rose = 79%

iv)          Zon Blue Orchid = 90%

Markah yang diperolehi oleh semua zon didapati meningkat ke tahap yang lebih baik dan pihak Jawatankuasa Audit Dalam telah mengesyorkan supaya tindakan penambahbaikan perlu dipertingkatkan agar objektif persijilan EKSA dapat dicapai.
 


Sunday, June 12, 2016

AUDIT DALAM EKSA BIL. 1/2016

GAMBAR AUDIT BIL. 1/2016


8 Mei 2016, IKBN NAKA - Institut Kemahiran Belia Negara Naka sedang dalam usaha untuk di persijilkan dengan persijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam(EKSA).Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Audit Dalam EKSA institut telah mengadakan audit dalam bilangan 1 bermula pada 8-22 Mei 2016 bagi menilai tahap kesediaan warga IKBN Naka serta membuat pemarkahan mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak MAMPU.

          Seramai 7 orang juruaudit dalam EKSA telah menjalankan audit dalam ke atas 4 zon EKSA dan mesyuarat penutup audit dalam bilangan 1 telah diadakan pada 31 Mei 2016 dan keputusan audit adalah seperti berikut:

i)             Zon Iris = 66%
    ii)            Zon Red Lantana = 54%                  Markah Keseluruhan = 55.25%
   iii)          Zon Green Rose = 44%
   iv)          Zon Blue Orchid = 57%

Markah yang diperolehi semua zon didapati tidak melepasi markah minimum iaitu 80% dan pihak Jawatankuasa Audit Dalam telah mengesyorkan supaya  tindakan penambahbaikan perlu dibuat agar objektif persijilan EKSA dapat dicapai.


Wednesday, May 11, 2016

PERTANDINGAN AMALAN EKSA

POSTER PERTANDINGAN


1 April 2016, IKBN Naka - Pertandingan Amalan EKSA telah dilancarkan mulai hari ini sebagai salah satu bentuk mempromosikan amalan EKSA di kalangan warga IKBN Naka. Program ini merupakan anjuran Jawatankuasa Promosi EKSA IKBN Naka di mana ianya akan mengiktiraf dan menghargai warga IKBN Naka yang komited dalam melaksanakan amalan EKSA.

Berbagai kategori yang dipertandingan di antaranya adalah Bilik Pegawai Terbaik, Ruang Kerja Terbaik, Zon Terbaik, Tandas Terbaik, Bilik Asrama Terbaik, Sudut EKSA Terbaik dan Anugerah Go Green. Penilaian pertandingan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Audit EKSA IKBN Naka. Pertandingan ini akan tamat pada 31 Julai 2016 dan pemenang bagi pertandingan ini dijangka akan diumumkan pada bulan Ogos 2016.