Menu

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

AKTIVITI EKSA IKBNN

Saturday, May 7, 2016

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DI IKBN SRI ISKANDAR

KAKITANGAN IKBN NAKA BERGAMBAR BERSAMA KAKITANGAN IKBN SRI ISKANDAR

16 Mac 2016, IKBN SRI ISKANDAR - Lawatan penandaarasan ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) yang bertempat di Bota, Perak Darul Ridzuan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Naka (IKBNN), Puan Maizun binti Ahmad.  Lawatan ini merupakan salah satu persediaan dan pendedahan kepada kesemua ahli jawatankuasa program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di IKBN Naka, untuk memperoleh input serta pengetahuan mengenai perihal EKSA.  Lawatan ini merupakan langkah awal terbaik buat IKBN Naka selaras dengan aspirasi IKBN Naka yang sedang memacu ke arah Persijilan EKSA daripada pihak MAMPU.
Perkongsian ilmu dan maklumat daripada pihak IKBN Seri Iskandar amat penting dan kerana IKBNSI merupakan salah satu institusi yang dilantik sebagai fasilitator EKSA zon utara oleh pihak MAMPU.  Selain itu, pertukaran idea bernas daripada pihak IKBNSI mampu membantu pihak IKBN Naka untuk bertindak melaksakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk memperoleh pengiktirafan yang terbaik dalam EKSA.

Sekalung penghargaan diberikan kepada Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Institut Kemahiran Belia Negara, Seri Iskandar, Encik Amir-Kharul bin Daud, serta semua pegawai-pegawai yang turut terlibat menjayakan lawatan sehari ini.