GAMBAR AUDIT BIL. 1/2016 |
8 Mei 2016, IKBN NAKA - Institut
Kemahiran Belia Negara Naka sedang dalam usaha untuk di persijilkan dengan
persijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam(EKSA).Sehubungan dengan itu, pihak
Jawatankuasa Audit Dalam EKSA institut telah mengadakan audit dalam bilangan 1
bermula pada 8-22 Mei 2016 bagi menilai tahap kesediaan warga IKBN Naka serta
membuat pemarkahan mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak MAMPU.
Seramai 7 orang juruaudit dalam EKSA
telah menjalankan audit dalam ke atas 4 zon EKSA dan mesyuarat penutup audit
dalam bilangan 1 telah diadakan pada 31 Mei 2016 dan keputusan audit adalah
seperti berikut:
i)
Zon Iris = 66%
ii)
Zon Red Lantana = 54% Markah Keseluruhan = 55.25%iii) Zon Green Rose = 44%
iv) Zon Blue Orchid = 57%
Markah
yang diperolehi semua zon didapati tidak melepasi markah minimum iaitu 80% dan
pihak Jawatankuasa Audit Dalam telah mengesyorkan supaya tindakan penambahbaikan perlu dibuat agar
objektif persijilan EKSA dapat dicapai.