KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH SWCORP
IKBN NAKA, 15 FEBRUARI 2017 - Program kutipan
barang kitar semula dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan EKSA yang dianjurkan
pada 5 Februari 2017 lepas. Pihak Jawatankuasa Latihan EKSA telah menghubungi
pihak E-Idaman Sdn Bhd untuk melakukan
kutipan bahan kitar semula di IKBN Naka. Penganjuran aktiviti pengutipan bahan
kitar semula ini adalah dalam usaha Jawatankuasa Latihan EKSA untuk mendidik
warga IKBN Naka cara terbaik untuk melupuskan barang-barang yang tidak
diperlukan lagi.
Pihak
E-Idaman Sdn Bhd telah menghantar lori untuk melakukan pengutipan pada
hari tersebut yang tiba pada pukul 2 petang. Kedatangan lori E-Idaman Sdn Bhd disambut baik oleh warga IKBN Naka. PIC di
setiap jabatan di IKBN Naka ditugaskan untuk berurusan dengan pihak E-Idaman Sdn Bhd yang hadir pada hari tersebut.
Kutipan bermula di Jabatan Teknologi Elektrik dan kemudiannya bergerak ke Jabatan Teknologi Pertanian. Setelah selesai
pengutipan bahan kitar semula di kedua jabatan tersebut, pihak E-Idaman Sdn Bhd bergerak ke bahagian Hal
Ehwal Pelajar dan akhir sekali ke bahagian Pentadbiran. Pekerja-pekerja
pembersihan turut menyertai aktiviti pengutipan bahan kitar semula ini.
Sebanyak 605.5 kg kertas kitar semula dan nilai
kutipan keseluruhannya adalah RM 155.75 telah berjaya dikutip untuk aktiviti
kutipan buat kali ini. Diharap aktiviti seumpama ini dapat diteruskan dan
menjadi aktiviti berkala yang akan dilakukan di IKBN Naka. Aktiviti ini amat
berguna kerana ia bukan sahaja dapat mendidik warga IKBN Naka, malah mampu
menjana wang untuk institut ini.
|