Menu

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

AKTIVITI EKSA IKBNN

Sunday, June 12, 2016

AUDIT DALAM EKSA BIL. 1/2016

GAMBAR AUDIT BIL. 1/2016


8 Mei 2016, IKBN NAKA - Institut Kemahiran Belia Negara Naka sedang dalam usaha untuk di persijilkan dengan persijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam(EKSA).Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Audit Dalam EKSA institut telah mengadakan audit dalam bilangan 1 bermula pada 8-22 Mei 2016 bagi menilai tahap kesediaan warga IKBN Naka serta membuat pemarkahan mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak MAMPU.

          Seramai 7 orang juruaudit dalam EKSA telah menjalankan audit dalam ke atas 4 zon EKSA dan mesyuarat penutup audit dalam bilangan 1 telah diadakan pada 31 Mei 2016 dan keputusan audit adalah seperti berikut:

i)             Zon Iris = 66%
    ii)            Zon Red Lantana = 54%                  Markah Keseluruhan = 55.25%
   iii)          Zon Green Rose = 44%
   iv)          Zon Blue Orchid = 57%

Markah yang diperolehi semua zon didapati tidak melepasi markah minimum iaitu 80% dan pihak Jawatankuasa Audit Dalam telah mengesyorkan supaya  tindakan penambahbaikan perlu dibuat agar objektif persijilan EKSA dapat dicapai.


Wednesday, May 11, 2016

PERTANDINGAN AMALAN EKSA

POSTER PERTANDINGAN


1 April 2016, IKBN Naka - Pertandingan Amalan EKSA telah dilancarkan mulai hari ini sebagai salah satu bentuk mempromosikan amalan EKSA di kalangan warga IKBN Naka. Program ini merupakan anjuran Jawatankuasa Promosi EKSA IKBN Naka di mana ianya akan mengiktiraf dan menghargai warga IKBN Naka yang komited dalam melaksanakan amalan EKSA.

Berbagai kategori yang dipertandingan di antaranya adalah Bilik Pegawai Terbaik, Ruang Kerja Terbaik, Zon Terbaik, Tandas Terbaik, Bilik Asrama Terbaik, Sudut EKSA Terbaik dan Anugerah Go Green. Penilaian pertandingan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Audit EKSA IKBN Naka. Pertandingan ini akan tamat pada 31 Julai 2016 dan pemenang bagi pertandingan ini dijangka akan diumumkan pada bulan Ogos 2016.

Saturday, May 7, 2016

TAKLIMAT TATACARA PENGAUDITAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)


KAKITANGAN IKBN NAKA MENGHADIRI TAKLIMAT AUDIT EKSA



27 Mac 2016, IKBN NAKA - Taklimat Tatacara Pengauditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan di bilik mesyuarat IKBN Naka. Taklimat ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengah hari. Taklimat ini disampaikan oleh 2 orang fasilitator dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IAB) iaitu Tuan Haji Faudzi Bin Saad dan Encik Khairul Badri bin Ahmad.


Taklimat Tatacara Pengauditan EKSA ini dibahagikan kepada 2 komponen, iaitu komponen Generik dan komponen Khusus.  Taklimat bagi komponen disampaikan oleh Tuan Haji Faudzi Bin Saad manakala taklimat pengauditan EKSA bagi komponen khusus disampaikan oleh Encik Khairul Badri bin  Ahmad.

Ribuan terima kasih diberikan kepada fasilitator-fasilitator yang terlibat dalam perkongsian ilmu dalam Taklimat Tatacara Pengauditan EKSA iaitu Tuan Haji Faudzi Bin Saad dan Encik Khairul Badri bin Ahmad. Ucapan terima kasih juga turut diberikan pada semua ahli jawatankuasa EKSA IKBN Naka yang telibat dalam taklimat ini.
    




LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DI IKBN SRI ISKANDAR

KAKITANGAN IKBN NAKA BERGAMBAR BERSAMA KAKITANGAN IKBN SRI ISKANDAR

16 Mac 2016, IKBN SRI ISKANDAR - Lawatan penandaarasan ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) yang bertempat di Bota, Perak Darul Ridzuan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Naka (IKBNN), Puan Maizun binti Ahmad.  Lawatan ini merupakan salah satu persediaan dan pendedahan kepada kesemua ahli jawatankuasa program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di IKBN Naka, untuk memperoleh input serta pengetahuan mengenai perihal EKSA.  Lawatan ini merupakan langkah awal terbaik buat IKBN Naka selaras dengan aspirasi IKBN Naka yang sedang memacu ke arah Persijilan EKSA daripada pihak MAMPU.
Perkongsian ilmu dan maklumat daripada pihak IKBN Seri Iskandar amat penting dan kerana IKBNSI merupakan salah satu institusi yang dilantik sebagai fasilitator EKSA zon utara oleh pihak MAMPU.  Selain itu, pertukaran idea bernas daripada pihak IKBNSI mampu membantu pihak IKBN Naka untuk bertindak melaksakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk memperoleh pengiktirafan yang terbaik dalam EKSA.

Sekalung penghargaan diberikan kepada Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Institut Kemahiran Belia Negara, Seri Iskandar, Encik Amir-Kharul bin Daud, serta semua pegawai-pegawai yang turut terlibat menjayakan lawatan sehari ini.

Monday, April 18, 2016

PELANCARAN EKSA PERINGKAT IKBN NAKA


PELANCARAN OLEH PENGARAH IKBN NAKA
 
6 Mac 2016, IKBN NAKA – Satu majlis pelancaran pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan disini hari ini. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Naka En. Mohd Ridzuan Bin Wan Abdullah Zawawi yang diadakan serentak dengan perhimpunan bulanan bagi bulan Mac. Pelancaran ini adalah sebagai simbolik dan makluman kepada semua warga IKBN Naka bahawa jabatan ke arah pelaksanaan EKSA yang dipersijilkan oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Dalam majlis yang sama turut disampaikan saguhati kepada pemenang pertandingan mencipta logo EKSA IKBN Naka dan watikah pelantikan kepada semua Ahli Jawatankuasa Induk EKSA. Majlis diakhiri dengan taklimat Pengenalan EKSA yang disampaikan oleh pegawai IKBN Naka iaitu Puan Sabarina Binti Ismail dan En. Mohamod Shukor Bin Said.