Menu

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

AKTIVITI EKSA IKBNN

Wednesday, May 11, 2016

PERTANDINGAN AMALAN EKSA

POSTER PERTANDINGAN


1 April 2016, IKBN Naka - Pertandingan Amalan EKSA telah dilancarkan mulai hari ini sebagai salah satu bentuk mempromosikan amalan EKSA di kalangan warga IKBN Naka. Program ini merupakan anjuran Jawatankuasa Promosi EKSA IKBN Naka di mana ianya akan mengiktiraf dan menghargai warga IKBN Naka yang komited dalam melaksanakan amalan EKSA.

Berbagai kategori yang dipertandingan di antaranya adalah Bilik Pegawai Terbaik, Ruang Kerja Terbaik, Zon Terbaik, Tandas Terbaik, Bilik Asrama Terbaik, Sudut EKSA Terbaik dan Anugerah Go Green. Penilaian pertandingan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Audit EKSA IKBN Naka. Pertandingan ini akan tamat pada 31 Julai 2016 dan pemenang bagi pertandingan ini dijangka akan diumumkan pada bulan Ogos 2016.

Saturday, May 7, 2016

TAKLIMAT TATACARA PENGAUDITAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)


KAKITANGAN IKBN NAKA MENGHADIRI TAKLIMAT AUDIT EKSA



27 Mac 2016, IKBN NAKA - Taklimat Tatacara Pengauditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan di bilik mesyuarat IKBN Naka. Taklimat ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengah hari. Taklimat ini disampaikan oleh 2 orang fasilitator dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IAB) iaitu Tuan Haji Faudzi Bin Saad dan Encik Khairul Badri bin Ahmad.


Taklimat Tatacara Pengauditan EKSA ini dibahagikan kepada 2 komponen, iaitu komponen Generik dan komponen Khusus.  Taklimat bagi komponen disampaikan oleh Tuan Haji Faudzi Bin Saad manakala taklimat pengauditan EKSA bagi komponen khusus disampaikan oleh Encik Khairul Badri bin  Ahmad.

Ribuan terima kasih diberikan kepada fasilitator-fasilitator yang terlibat dalam perkongsian ilmu dalam Taklimat Tatacara Pengauditan EKSA iaitu Tuan Haji Faudzi Bin Saad dan Encik Khairul Badri bin Ahmad. Ucapan terima kasih juga turut diberikan pada semua ahli jawatankuasa EKSA IKBN Naka yang telibat dalam taklimat ini.
    




LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DI IKBN SRI ISKANDAR

KAKITANGAN IKBN NAKA BERGAMBAR BERSAMA KAKITANGAN IKBN SRI ISKANDAR

16 Mac 2016, IKBN SRI ISKANDAR - Lawatan penandaarasan ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) yang bertempat di Bota, Perak Darul Ridzuan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Naka (IKBNN), Puan Maizun binti Ahmad.  Lawatan ini merupakan salah satu persediaan dan pendedahan kepada kesemua ahli jawatankuasa program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di IKBN Naka, untuk memperoleh input serta pengetahuan mengenai perihal EKSA.  Lawatan ini merupakan langkah awal terbaik buat IKBN Naka selaras dengan aspirasi IKBN Naka yang sedang memacu ke arah Persijilan EKSA daripada pihak MAMPU.
Perkongsian ilmu dan maklumat daripada pihak IKBN Seri Iskandar amat penting dan kerana IKBNSI merupakan salah satu institusi yang dilantik sebagai fasilitator EKSA zon utara oleh pihak MAMPU.  Selain itu, pertukaran idea bernas daripada pihak IKBNSI mampu membantu pihak IKBN Naka untuk bertindak melaksakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk memperoleh pengiktirafan yang terbaik dalam EKSA.

Sekalung penghargaan diberikan kepada Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Institut Kemahiran Belia Negara, Seri Iskandar, Encik Amir-Kharul bin Daud, serta semua pegawai-pegawai yang turut terlibat menjayakan lawatan sehari ini.